Tuesday, September 15, 2009

Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan ( MAP )

MESYUARAT AGUNG PERTAMA ( MAP ) KOPERASI PEMBANGUNAN KADAZAN TAWAU BERHAD.

Koperasi Pembangunan Kadazan Tawau Berhad
atau nama singkatan Ko-Ikatan telah menjulang satu sejarah pada 13 / 09 / 2009 dengan tertubuhnya sebuah Koperasi ( Ko-Ikatan ). Dengan tertubuhnya Ko - Ikatan, Ahli - ahli Lembaga Pengarah telah di pilih sebanyak 15 orang.

Barisan Ahli Lembaga Pengarah ( BOD ) Koperasi Pembangunan Kadazan Tawau Berhad.


1. Peter Kiwi Lajati ( Pengerusi Penaja Koperasi )
2. Willy Broad Johnny B Sieng
3. Evinih @ Stephanie Binti Baikan
4. John Mojiun
5. Vinsintius Pilos @ Robert V Pilos
6. Augustine Supi @ Edward
7. Denis Bin Paut
8. Francis Mosidin
9. Thai Kim Fook @ Andrew
10. Lawrence Tatty
11. Michael Benjamin Sibungkil
12. Francis Bin Lawrence @ Yusof
13. Gelord Emol
14. July Sikain @ James
15. Bernard Chin Fui Min



Dirasmikan Oleh Pegawai SKM Cik Yasmin bersama - sama dengan Ahli Lembaga Pengarah En Peter Kiwi Lajati dan En Johhny Broad B. Seing pada 13/09/2009 bertempat di Tingkat 1, Restoran Toko Aminah.

Selepas sahaja dirasmikan, kata-kata aluan dan penerangan perjalanan koperasi diterangkan sedikit sebanyak oleh Cik Yasmin wakil daripada SKM.
Ahli Lembaga Pengarah pula di wakili oleh En Peter Kiwi Lajati untuk membuat ucapan dan penerangan mengenai perjalanan Koperasi.



Majlis ikrar janji dilakukan selepas tamatnya penerangan MAP. En Peter Kiwi Lajati selaku Pengerusi melafazkan ikrar janji diikuti oleh kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli koperasi.


Ahli-ahli Koperasi yang hadir semasa mesyuarat sama-sama mengangkat janji Ikrar.
Setelah tamatnya mesyuarat, kesemua ahli Koperasi menikmati hidangan yang disediakan oleh restoran Toko Aminah.

Sebahagian Ahli Koperasi bergambar bersama-sama dengan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pembangunan Kadazan Tawau Berhad.

Seramai 70 orang ahli koperasi telah sama-sama menjayakan dan terlibat dalam penubuhan Koperasi ini.
Pada penghujung tahun ini, seramai 300 orang di jangka akan menyertai Koperasi Pembangunan Kadazan Tawau Berhad ini. Justeru diminta semua Kaum Kadazan,Dusun dan Murut dalam daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu untuk bersama - sama menyertai dan memajukan Koperasi Pembangunan Kadazan Tawau Berhad.


Sesiapa yang berminat untuk menyertai Koperasi ( Ko-Ikatan ) , sila hubungi di talian :

1. 089-712931 / Handphone No. 019 - 5338753
( En Peter Kiwi Lajati )
2. Handphone No. 013 - 8996784 / 016 - 8316784
( En Johhny Seing )


Syarat -syarat penyertaan.

1. Yuran masuk sebanyak RM 10.00 bagi seorang peserta.
2. Kiraan syer adalah 1 Unit syer berjumlah RM 50.00. ( Had maksima 10 unit syer seorang ).
3. Terbuka kepada semua kaum Kadazan, Dusun dan Murut khasnya daerah Tawau, Kunak ,
Semporna dan Lahad Datu dan Amnya seluruhnya Sabah.

Next event will inform...

Search here